Daripada Abu Hurairah r.a. yang maksudnya,
bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya
yakni sahabatnya di sebuah kampung yang lain.
Lalu Allah menyuruh seorang malaikat untuk memerhatinya di dalam perjalanan.
Lalu malaikat itu bertanya kepada lelaki itu,
“Hendak ke mana engkau?”
Lelaki tersebut menjawab,
“Aku hendak menemui seorang sahabatku di kampung itu”.
Malaikat bertanya lagi,
“Adakah bagimu bumi kepadanya yang engkau mengharap balasan daripadanya?”
"Tidak, aku mencintainya kerana Allah SWT".
Maka berkatalah malaikat itu kepadanya,
“Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau.
Bahawa sesungguhnya Allah SWT telah mencintaimu
sebagaimana kamu mencintai dia kerana Allah”.
(Hadith riwayat Muslim).
sahabat yang menunjukkan kebaikan kepada kamu,
adalah sahabat yang baik.
sahabat yang menunjukkan kesalahan kamu,
adalah sahabat yang baik.
wahai sahabat,
aku tak perlukan wang dari kamu,
kerna aku ada Dia,
aku tak perlukan balasan dari kamu,
kerna aku ada Dia,
aku tak perlukan perhatian dari kamu,
kerna aku ada Dia,
aku tak perlukan pelukan dari kamu,
kerna aku ada Dia,
aku tak perlukan kasih sayang dari kamu,
kerna aku ada Dia.
untuk setiap kebaikan yang telah kamu buat,
terima kasih tuk segalanya,
untuk setiap kekurangan yang telah aku lakukan,
maaf tuk semuanya,
kerna aku diciptakan Dia sebagai insan yang tidak sempurna.
sungguh aku sayang kamu kerna Dia.
may Allah bless, kamu~
xoxo
1 comment:
harap-harap awak berbaik semula dengan kawan awak tu..
A friend is one of the nicest things you can have, and one of the best things you can be.
Post a Comment